Definisi Senaman
Sejenis aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari iaitu 15 minit pada waktu pagi dan 15 minit pada waktu petang. Senaman bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan fizikal dan mental.
1. Memperkuatkan Jantung
Dengan bersenam, tindakbalas jantung menjadi lebih efisyen. Jantung juga akan terlatih untuk menjadi kuat. Otot jantung yang kuat mampu mencegah masalah penyakit jantung.
2. Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah
Senaman mampu melancarkan otot untuk mengambil glukosa dalam darah dan mengubahnya menjadi tenaga. Ia penting untuk mengurangkan risiko penyakit diabetes dan penyakit kardiovascular lain.
3. Menjaga Kesihatan Paru-Paru
Bersenam mampu membuatkan otot paru-paru bergerak serta meningkatkan kapasiti kerja paru-paru. Selain itu, senaman mampu membantu melancarkan pengaliran udara yang masuk dan keluar melalui paru-paru.
4. Mengurangkan Berat Badan
Senaman dapat membantu dalam mencegah berat badan yang berlebihan. Senaman dapat mengurangkan jumlah kalori dalam badan disamping dapat mengurangkan kadar kolesterol.
Walaupun sudah makan dan rehat yang secukupnya tetapi badan tetap berasa letih bermakna tubuh kita memerlukan gerakan. Kajian University of Georgia mengesyorkan latihan selama 20 minit selama 3 kali seminggu untuk meningkatkan tenaga sebanyak 20%.
2. Tidak Dapat Tidur
Percaya atau tidak senaman dapat memberikan kita tidur yang berkualiti. Bukan itu sahaja, senaman juga mampu memudahkan kita tidur dan bangun dengan bertenaga. Kajian yang diterbitkan oleh Journal of Medicine Sleep oleh penyelidik dari Northwestern University mendapati mereka yang mengamalkan senaman dapat tidur 1.25 jam lebih lama berbanding mereka yang tidak terlibat dalam aktiviti fizikal.
3. Mudah Diserang Penyakit
Pakar kecergasan Brandon Mentore berkata, seseorang perlu meningkatkan aktiviti fizikal untuk merangsang tisu otot bagi meningkatkan ketahanan badan. Beliau juga berkata, badan yang sakit adalah isyarat bagi seseorang supaya lebih aktif.
4. Masalah Gangguan Pencernaan
Masalah sembelit juga dikatakan akibat kekurangan senaman. Senaman peenting untuk merangsang usus dan mengepam sistem pencernaan dalam tubuh sehingga lebihan dapat dikeluarkan sekaligus dapat mengelakkan sembelit.
Contoh Senaman Ringkas
Kebiasaannya orang akan memberi alasan bila disuruh bersenam. Antara alasan yang sering digunakan ialah malas keluar dari rumah. Sebenarnya banyak senaman yang boleh dilakukan secara 'indoor'. Jadi, tiada lagi alasan untuk tidak bersenam. Secara tidak langsung kita dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat.
Sebab-sebab Malas Bersenam
1. Kerja Keras
Bagi mereka yang suka bekerja, mereka terlalu memikirkan tentang kerja hampir tiap hari sehingga sanggup bawa sehingga ke rumah. Apabila hari biasa sudah sibuk dengan kerja, hujung minggu mereka ingin menghabiskan masa bersama keluar tersayang sehingga menyebabkan mereka tiada masa untuk bersenam.
2. Cuaca Tidak Menentu
Kadang-kadang pagi kita sibuk ingin pergi kerja atau kelas. Bila tiba waktu petang, cuaca pula hujan dan sebagainya menyebabkan 'mood' untuk bersenam terbantut.
3. Keadaan Kesihatan Yang Tidak Menentu
Bila tiba masa untuk kita ingin bersenam, selalu terjadi keadaan yang tidak mengizikan sehingga memaksa membatalkan niat untuk bersenam. Contohnya, sakit perut, sakit kepala, sengugut dan sebagainya.
4. Kurang Keyakinan Diri
Bagi mereka yang mempunyai masalahh berat badan, mereka berasa malu dengan bentuk badan mereka. Mereka bertanggapan mereka akan diejek sekiranya mereka bersenam.
Tips Untuk Bersenam
Kesimpulan
Secara ringkasnya, bersenam amat penting untuk mengekalkan kesihatan badan termasuk dari segi mental dan fizikal. Dengan melakukan senaman secara konsisten, kita dapat memperoleh banyak manfaat darinya. Mulakan gaya hidup sihat dengan bersenam.
No comments:
Post a Comment