imanazali.blogspot.com
Tahukah anda, 10 oktober merupakan Hari Kesihatan Mental Sedunia? Sambutan ini diadakan setiap tahun bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental.
Kesihatan Mental adalah perkara paling untuk dititikberatkan sama ada bagi kanak-kanak mahupun dewasa.Ia sangat berkait rapat dengan masalah sosial yang berlaku hari ini seperti kemurungan, stress dan sebagainya.
DEFINISI KESIHATAN MENTAL
kesihatan mental bermaksud penyesuaian social yang berbeza mengikut tempat dan waktu yang dimiliki oleh seseorang dalam pelbagai tahap (Segal & Qualls 2011).Kesihatan mental juga ditakrifkan sebagai keadaan di mana ketidakhadiran penyakit mental(WHO 2015). Aldan dan Filmer (2013) menyatakan bahawa kesihatan mental merujuk tahap fungsi individu sama ada berasa selesa atau tidak dengan diri sendiri dan cara hidup mereka.
www.nisamalaysia.org
KESIHATAN MENTAL MERUJUK KEPADA :
· 1)Cara kita berfikir,merasa dan cara kita bertindak
· 2)Cara kita menghadapi masalah dan mengatasinya
· 3)Cara kita berinteraksi dengan orang lain.
ANTARA TANDA-TANDA SESEORANG ITU MENGALAMI MASALAH KESIHATAN MENTAL ADALAH :
a)Mudah marah/meradang
· b)Keresahan yang teruk
· c)Kerisauan yang berlebihan
· d)Letih/lesu
· e)Perubahan selera makan
· f)Gangguan tidur
g)Perubahan personaliti yang ketara
h)Tingkah laku yang agresif
APAKAH YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN MENTAL :
· a)Cara/corak asuhan seseorang.
· b)Tahap pendidikan
· c)Agama dan budaya hidup
· d)Pengaruh persekitaran(rakan sebaya,guru-guru)
· e)Keistimewaan,kelemahan dan pencapaian seseorang.
· f)Kesihatan fizikal
· g)Persekitaran
· h)Psikososial
· i)pesonaliti
TIPS MENJAGA KESIHATAN MENTAL
daulahmedic.com
Khairulfaizi.net
1.Pengurusan masa dengan baik
Pengurusan masa yang baik dapat mengurangkan tekanan akibat daripada kesan langsung perhubungan kita dengan masyarakat sekeliling.Sebagai contoh, apabila kita dimarahi oleh pensyarah kerana lewat menghantar kerja khusus yang diberikan disebabkan terlalu sibuk mempromosikan kerja sampingan untuk menjana pendapatan sekaligus menyebabkan masyarakat berpandangan buruk terhadap kita.
iluminasi.com
2.Menerima kenyataan diri secara realistik
Sebagai contoh, kita menerima kekurangan yang terdapat dalam diri kita dan mengenalpasti kelebihan serta kekurangan diri,sekaligus berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya dapat menjadi insan yang cemerlang.
ziaanis.blogspot.com
3.Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak
Senario ini berkait rapat dengan penerimaan orang baharu dalam kehidupan seperti mendapat cahaya mata. Sebagai contoh,seseorang ibu yang baru melahirkan anak mungkin mengalami tekanan kerana tanggungjawab barunyasebagai ibu bapa.Oleh itu, Sistem sokongan yang kuat perlulah dilakukan seperti anggota keluarga dan suami perlu mengambil langkah proaktif menguruskan ibu dan anak tersebut serta dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh si ibu.
yassara.blogspot.com
5.Memupuk hubungan silatulrahim secara harmoni dan berkasih sayang dengan ahli keluarga, rakan-rakan serta komuniti. Hubungan yang baik dalam kalangan keluarga dan masyarakat dapat membina situasi penuh ceria dan bahagia. Ini sekaligus, mengukuhkan sistem sokongan kepada setiap ahli dalam masyarakat.
cappreille.centres
5.Menjaga kesihatan fizikal
Ini termasuk memastikan pengamalan diet secara seimbang. Kajian mendapati bahawa, terdapat pertalian rapat di antara masalah mental seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung seperti penyakit jantung kardiovaskular, koronari, strok dan sebagainya.
www.vectorstock.com
6. Meluangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal dan riadah
Sebagi contoh,senaman mampu merembeskan hormon Endorfin yang membantu untuk mewujudkan perasaan gembira dan bahagia dalam diri seseorang individu.
keramikterasminimalis.blogspot.com
7.Memastikan rehat dan tidur yang mencukupi
Rehat dan tidur yang kurang daripada jumlah yang sepatutnya dapat menjejaskan prestasi kerja akibat keletihan dan lesu yang melampau. Ini dapat meningkatkan kebarangkalian kemurungan.Oleh itu, kita mestilah tidur sekurangnya 6-8 jam sehari bagi menjaga kesihatan mental.
nationalgeographic.grid.id
8.Mengamalkan nilai-nilai positif dalam diri
Sebagai contoh, bertolak-ansur, saling menghormati dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Nilai-nilai positif dalam diri ini sedikit sebanyak membantu kita mengurangkan perasaan marah dan kecewa. Oleh itu, kita mestilah sentiasa memaafkan orang lain serta tidak menyimpan perasaan dendam terhadap diri orang lain agar hidup sentiasa dirahmati.
kita sedia maklum bahawa salah satu faktor yang mempengaruhi kesihatan mental adalah disebabkan tekanan yang tinggi. oleh itu, saya akan menunjukkan kepada anda teknik yang ifektif bagi mengurangkan tekanan yang dialami.
1.Latihan pernafasan
markonahjambu.blogspot.com
2.Urutan leher dan bahu
markonahjambu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment