Friday, 18 October 2019

MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA




www.mierahassan.com






Badan manusia mengandungi 60% air. Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari mengikut umur dan keadaan seseorang itu. Air amat penting untuk tubuh badan kita untuk kekalkan kesihatan sepanjang masa. Air kosong juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin atau kekotoran yang terhasil dalam tubuh kita melalui peluh dan urin. Untuk mengelakkan dehidrasi, kita mestilah minum air mengikut jumlah air yang mencukupi.



Untuk kanak-kanak:

  • 1 – 3 tahun: 1.0 L (kira-kira 4 cawan)
  • 4 – 8 tahun: 1.2 L (kira-kira 5 cawan)
  • 9 – 13 tahun: 1.4 L – 1.6 L (kira-kira 5 – 6 cawan)

Untuk lelaki 14 – 18 tahun: 

  • 1.9 L (kira-kira 7-8 cawan)


Untuk gadis 14 – 18 tahun: 
  • 1.6 L (kira-kira 7 cawan)



Umtuk lelaki dewasa: 
  • 2.6 L (kira-kira 10 cawan)



Untuk wanita:
  •  2.1 L (kira-kira 8 cawan)




KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG


Antara kelebihan minum air kosong ialah :
  • Dapat  meningkatkan prestasi fizikal
Sekiranya badan kekurangan air, prestasi fizikal badan akan berkurang dan menyebabkan badan rasa lemah. Hal ini sangat penting sekiranya kita mengamalkan gaya hidup yang aktif dan kerap bersukan. Dengan meningkatkan pengambilan air, badan akan kekal hidrat dan dapat kurangkan tekanan oksidatif yang berlaku semasa senaman intensif. 



  • Kekal Hidrat dan Memberi Kesan Positif Kepada Pemikiran & Otak
Otak sangat bergantung kepada air, jadi dengan kekalkan badan dalam keadaan hidrat dapat menyumbang kepada pemikiran dan daya berfikiran yang lebih baik. Kajian menunjukkan walaupun kita mengalami dehidrat yang sedikit (1-3%) ia boleh menjejaskan beberapa aspek pada otak seperti gangguan emosi, perhatian dan mudah rasa pening. Oleh sebab itu, apabila rasa letih atau mengantuk, kita perlu meningkatkan pengambilan air.



  • Boleh Membantu Melegakan Sembelit
Masalah sembelit ini adalah masalah yang kerap dialami oleh rakyat Malaysia. Ianya berlaku kerana terdapat masalah pada pergerakan usus yang menyukarkan najis untuk keluar. Dengan meningkatkan kadar pengambilan cecair ia boleh mengurangkan masalah ini. Pengambilan air yang tidak mencukupi adalah salah satu sebab utama kepada masalah sembelit, bagi kanak-kanak atau golongan dewasa.



  • Boleh Mencegah Batu Karang
Batu karang adalah kristal mineral yang terbentuk di dalam saluran kencing. Bagi yang mengalami batu karang akan rasa sakit yang teramat semasa hendak membuang air kecil. Kebanyakan kes, batu karang ini terbentuk di dalam buah pinggang. Terdapat bukti, yang menyatakan bahawa pengambilan air yang banyak boleh mengurangkan risiko berlaku kembali batu karang bagi orang yang pernah mengalaminya sebelum ini. 




  • Boleh Menurunkan Berat Badan
Hal ini kerana air boleh meningkatkan rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolik badan. Kita dikehendaki minum air setengah jam sebelum makan makanan berat kerana cara  ini adalah paling efektif. Kita akan lebih cepat rasa kenyang, secara tidak langsung mengurangkan kadar pengambilan makanan. Dalam satu kajian, bagi orang yang diet dan minum separuh liter air sebelum makan boleh menurunkan berat badan 44% lebih banyak, dalam jangka masa 12 minggu.





KESIMPULAN

Secara ringkasnya, kebaikan air kosong untuk kesihatan tidak boleh dinafikan. Kekurangan air dalam badan boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit dan kemudaratan. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh sebab itu, sekiranya kita ingin kekalkan kesihatan badan, kita hendaklah terapkan amalan pengambilan air kosong yang banyak dan cukup untuk badan kita.




https://www.youtube.com/watch?v=8gJ2ePvrJiA



No comments:

Post a Comment