Penjagaan kebersihan amatlah dituntut dalam Islam agar muslim sentiasa dalam keadaan yang bersih daripada kekotoran dan dihindarkan daripada penyakit yang boleh memudaratkan seseorang. Bukan sahaja muslim tetapi bukan muslim juga sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan dalam kehidupan sehariannya.
i)PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI
Kebersihan diri amat penting kerana badan kita terdedah dengan pelbagai kuman yang berada di sekitar kita setiap harI. Penjagaan diri bukan sahaja di dalaman tetapi juga di luaran iaitu daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Hal ini adalah untuk meningkatkan keyakinan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara dan membuatkan orang sekeliling selesa ketika berada berdekatan dengan kita.
a) Penjagaan kulit
Kulit yang sihat dan cantik akan menampakkan keseriaan seseorang serta memberikan keyakinan yang tinggi untuk berjumpa dengan orang ramai. Nilai PH kulit normal ialah 4.2 hingga 5.6 untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan bersih. Nilai PH penting untuk mengekalkan bahagian luar kulit daripada merekah akibat udara yang kotor dan panas cahaya matahari. Antara langkah penjagaan kebersihan kulit adalah:
- Mandi dan penggunaan pelembab
Mandi penting untuk menyingkirkan kulit mati kerana badan kita mempunyai kulit yang telah mati dan perlu dibersihkan supaya kulit mati tidak berkumpul di badan kita yang boleh menyebabkan penyakit kulit. Seseorang perlulah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari supaya badan tidak berbau dan sentiasa segar tetapi bergantung kepada aktiviti seharian yang dilakukan (Kompas.com, 2019). Seseorang perlulah tau cara yang betul untuk mandi supaya bau badan dapat dihilangkan iaitu dengan menggunakan sabun yang sesuai dengan badannya. Kain lembut ataupun span boleh digunakan untuk menanggalkan daki dan kulit mati di badan. Penggunaan pelembab selepas mandi adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit supaya agen seperti kuman dan virus tidak memasuki kulit.
Penggunaan krim pelindung matahari amat penting bukan sahaja di muka tetapi di badan juga kerana krim ini dapat menghalang sinaran uv daripada memasuki ke dalam badan kita. Pendedahan berterusan kepada matahari menyebabkan jeragat, mengubah tekstur kulit dan merosakkan PH normal kulit serta akan menyebabkan kanser kulit juka berada di bawah matahari berpanjangan. Hal ini penting terutamanya kepada masyarakat yang berada di negara yang beriklim panas seperti Malaysia. Krim pelindung matahari perlulah disapu sebelum keluar dari rumah supaya kulit terlindung daripada cahay matahari.
Penjagaan rambut dan kepala adalah penting untuk mengelakkan gatal-gatal dan bau yang kurang enak di kepala terutamanya kepada wanita yang bertudung kerana mereka perlu memakai tudung sepanjang hari jika berada di kawasan luar rumah. Penjagaan rambut berbeza mengikut jenis rambut dan aktiviti yang dilakukan. Syampu perlulah digunakan setiap dua hari sekali kerana pencucian rambut secara kerap akan merosakkan rambut tersebut. Selepas rambut dicuci, biarkan rambut kering sebelum diikat ataupun memakai tudung supaya tidak berbau hapak dan juga sentiasa sisir rambut supaya kelihatan rapi.
Penjagaan gigi adalah untuk mengelakkan gigi daripada berbau dan rosak lebih-lebih lagi masyarakat yang berumur kerana gigi mereka semakin rapuh. Pemeriksaan gigi perlulah dilakukan setiap 6 bulan supaya gigi sentiasa sihat. Cara gosok gigi dengan betul penting untuk mengelakkan gigi rosak dan adanya plaque. Kanak-kanak perlulah diajar dari kecil lagi untuk menggosok gigi agar gigi mereka sentiasa sihat daripada kecil lagi iaitu bermula dengan menggunakan tuala lembut. Penggunaan floss selepas makan untuk membuang sisa makanan yang terlekat di celah gigi yang tidak dapat dibersihkan oleh berus gigi.
Tangan merupakan laluan utama kuman untuk memasuki badan kita kerana tangan merupakan anggota yang sering kita gunakan terutamanya untuk makan. Penjagaan tangan amat penting sebelum makan dan juga selepas menggunakan tandas. Ramai di antara kita hanya membasuh dengan air sahaja tanpa membilas menggunakan sabun. Tahukah anda bahawa dengan membasuh menggunakan air sahaja, kuman pada tangan tidak akan mati. Justeru itu kita perlulah menggunakan sabun ketika mencuci tangan. Hal ini juga dapat mengurangkan peratusan untuk cirit birit. Terdapat 7 langkah yang penting untuk diikuti ketika mencuci tangan supaya tangan bebas kuman. Tangan yang dicuci perlulah dilap dengan kain yang bersih ataupun menggunakan tisu untuk mengelakkan tangan basah.
ii) Penjagaan kebersihan rumah
ii) Penjagaan kebersihan rumah
Rumah merupakan tempat untuk kita merehatkan minda serta meluangkan masa bersama keluarga. Kebersihan rumah dan di sekitarnya penting untuk memberikan keselesaan kepada penghuni di sekitar tersebut. Pembersihan rumah bolehlah dilakukan setiap hujung minggu bersam-sama ahli keluarga supaya rumah tidak bersepah disamping merapatkan hubungan bersama ahli keluarga. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti sapu sampah, potong rumput dan pembersihan longkang untuk memastikan aliran air tidak tersumbat dan tidak mengeluarkan bau yang busuk. Pembuangan sampah yang menyebabkan air bertakung seperti tin dan tayar yang tidak digunakan dapat mengurangkan pembiakan nyamuk aedes. Selain daripada pembersihan di kawasan luar rumah, kawasan dalam rumah juga penting untuk kebersihan dan kekemasan. Perabot-perabot dalam rumah disusun dengan rapi dan kemas serta sampah dibuang ke tempat pembuangan sampah.
No comments:
Post a Comment