Friday, 18 October 2019

PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG







Makanan seimbang merupakan makanan yang diambil mempunyai semua nutrisi yang diperlukan oleh badan dalam kadar yang mencukupi setiap hari. Makanan seimbang mengandugi nutrien seperti karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral. Nutrien ini diperlukan oleh badan untuk membekalkan tenaga dan memastikan tubuh badan berfungsi dengan baik serta menggalakkan proses tumbesaran. Pengambilan makanan yang seimbang juga dapat mengelakkan daripada pelbagai penyakit yang memudaratkan seperti obesiti, diabetis dan darah tinggi.
 Pengambilan nutrien ini mestilah dalam kadar yang betul iaitu dalam kuantiti yang diperlukan oleh badan mengikut beberapa faktor seperti umursaiz badan, jantinaaktiviti hariankeluargapersekitaran dan tahap kesihatan seseorang. Kanak-kanak lebih memerlukan karbohidrat dan protein kerana mereka sedang aktif membesar berbanding orang dewasa. Orang yang bersaiz badan lebih besar memerlukan tenaga lebih banyak berbanding orang yang bersaiz kecil. Pekerja buruh atau nelayan memerlukan tenaga lebih banyak berbanding seseorang yang bekerja di pejabat. Begitu juga dengan faktor yang lain. Berikut adalah senarai pemakanan yang diperlukan oleh badan:


KARBOHIDRAT

        
 Karbohidrat terdapat pada nasi, mee, hasil bijirin dan ubi-ubian dimana ia membekalkan tenaga kepada tubuh badan supaya kita bertenaga untuk melakukan aktiviti harian dan bekerja. Sajian ini paling banyak diperlukan oleh badan iaitu perlu diambil 8-12 sajian sehari. Karbohidrat juga merupakan sumber yang baik untuk vitamin, mineral dan serat. Disamping itu, karbohidrat mempunyai kandungan sellulosa yang berfungsi untuk mengenyangkan.


PROTEIN





   
Protein kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink. Protein merupakan sumber tenaga, ia juga bertindak sebagai pembentuk antibodi dan membantu metabolisme tubuh. Makanan tersebut adalah seperti ikan, ayam,daging dan kekacang. Pengambilan yang disyorkan 1-2 sajian sehari.




SERAT






      

Serat terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang membantu menguatkan ketahanan terhadap penyakit (imuniti). Kita perlu mengambil sekurang-kurangnya 5 sajian setiap hari. Makanan ini memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan termasuklah mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser. Ia juga membantu melawaskan dan mencegah sembelit.


VITAMIN DAN MINERAL






Vitamin dan mineral terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan hasil  tenusu kerana hasil tenusu juga sangat tinggi dengan protein, kalsium, vitamin dan mineral seperti vitamin A, vitamin v12 dan zink dimana kalsium berfungsi untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Vitamin dan mineral juga penting untuk kulit dan perkembangan otak.



Kesan daripada pengabaian pengambilan makanan seimbang adalah seperti:
  • Obesiti
  • Mudah dapat penyakit kronik seperti kanser
  • Mengganggu tumbesaran
  • Kolestrol yang tinggi
  • Darah tinggi
  • Diabetis

Contoh bagi pengambilan makanan yang seimbang mengikut waktu makan adalah:

SARAPAN (6.30-8.00am)
  •    1 cawan nasi goreng
  •    1 biji telur goreng
  •    1 biji limau
  •    1 gelas susu UHT


MINUM PAGI (10.00-10.30am)
  •    3 biji apam
  •    1 biji tauhu sumbat
  •    1 gelas air kosong


MAKAN TENGAHARI (12.00-2.00pm)
  •    1 ½ cawan nasi putih
  •    1 mangkuk kecil sup ayam
  •    1/2 sayur kangkung goreng
  •     1 potong betik
  •     1 gelas air kosong
MINUM PETANG (4.30-6.00pm)
  •        2 biji karipap
  •        1 biji epal merah
  •        1 cawan air teh (1 sudu gula)


MAKAN MALAM (6.30-8.00pm)
  •  1 ½ cawan nasi putih
  •   1 ekor ikan cengcaru bakar (kecil)
  •   1 mangkuk kecil sup sayur
  •   1 gelas jus limau
  •   1 gelas air kosong


MINUM MALAM (9.30-10.00pm)
  •  1 gelas susu segar


KESIMPULAN

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang seimbang sudah memenuhi gizi yang seimbang kerana terdapat vitamin, serat dan kalsium di dalam pengambilan makanan ini. Jika kita mengambil makanan yang seimbang setiap hari, kita tidak memerlukan suplemen kesihatan seperti vitamin dan kalsium kerana dalam makanan ini sudah terkandung semua zat yang diperlukan oleh badan. Namun, kita juga perlulah makan mengikut waktu yang betul, elakkan daripada makan makanan yang berat pada waktu malam. Kita juga ditegaskan untuk tidak meninggalkan sarapan kerana sarapan sangat penting untuk kita memulakan pagi. Tidak mengambil sarapan boleh menyebabkan ulser perut dan gastrik.





No comments:

Post a Comment