Friday, 18 October 2019

JAUHI DADAH, ROKOK DAN ALKOHOL




JAUHI PENGAMBILAN DADAH


Dalam mengamalkan gaya hidup sihat, kita seharusnya menjauhi dan mengelakkan pengambilan dadah kerana mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku seseorang individu tersebut.

Antara kategori jenis dadah yang disalahgunakan adalah:

- Opiat dan opiat sintetik
- Ganja
- Stimulan
- Depresen
- Halusinogen
- Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahgunakan 


Kesan penyalahgunaan dadah



CARA MENCEGAH DARI TERLIBAT DENGAN DADAH

1- kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai dadah dengan mengenali setiap kategori jenis dadah yang boleh menyebabkan ketagihan.

2- Kita hendaklah menghadapi tekanan rakan sebaya secara berkesan dengan belajar untuk mengatakan "TIDAK" sekiranya rakan menawarkan dadah serta bertindak tegas terhadap mereka.

3- Kita mestilah bijak mengendali masalah secara berkesan dengan mengetahui cara penyelesaian untuk masalah dan meminta bantuan daripada orang dewasa yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang terpendam.

4- Kita hendaklah peka dengan keadaan persekitaran termasuk dalam memilih rakan sebaya yang baik dan tidak terpengaruh dengan tingkah laku yang tidak berfaedah.


TIDAK MINUM ALKOHOL

Sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat, kita mestilah mengelakkan diri dari mengambil minuman yang beralkohol. Hal ini kerana sekiranya kita mengambil minuman ini akan mendatangkan masalah dan kesan terhadap kesihatan diri individu tersebut.



Kesan minum minuman beralkohol


LANGKAH UNTUK MEMBANTU INDIVIDU BERHENTI MEMINUM ALKOHOL

1) kita hendaklah mengelakkan mengambil minuman beralkohol dengan berhenti mengambil minuman beralkohol dalam kehidupan seharian.

2) Kita hendaklah mengubah gaya hidup dengan menjauhi tempat yang meyajikan alkohol seperti kelab malam, parti dan sebagainya.

3) Sekiranya ada individu yang memperlawakan alkohol, kita hendaklah memberitahu bahawa kita telah berhenti dari mengambil minuman ini.

4) Menghadiri tempat yang berfaedah secara berkumpulan seperti kem motivasi untuk mendapatkan sokongan sosial agar tidak lagi terjebak dengan minum minuman beralkohol.

5) Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam mengawasi tingkah laku anak-anak agar tidak terjebak dengan minuman beralkohol.

6) Kita hendaklah melakukan aktiviti yang berfaedah di masa lapang seperti bersenam, beriadah dengan rakan dan sebagainya agar mendatangkan kebaikan kepada diri dan dapat menjauhi dari mengambil minuman beralkohol.


TIDAK MEROKOK

Kita hendaklah menjauhi rokok dalam megamalkan gaya hidup yang sihat. Hal ini kerana kandungan bahan yang ada dalam rokok mempunyai bahan kimia yang berancun yang membahayakan kesihatan dan nyawa seseorang itu. Sebagai contohnya, kandungan bahan dalam rokok akan menjejaskan organ dalaman dan tisu di dalam badan manusia. Terdapat kira-kira 90% pesakit telah mengalami kanser mulut, lidah, tekak dan bibir kerana merokok. 



Bahan yang ada didalam sebatang rokok



MENGAMALKAN PETUA 10 M UNTUK BERHENTI MEROKOK

1- Melengahkan
2- Minum air dalam kuantiti yang mencukupi 
3- Menarik nafas yang memanjang
4- Membuat sesuatu perkara atau aktiviti yang berfaedah
5- Menjauhkan diri tempat atau individu yang merokok
6- Mengunyahkan sesuatu di dalam mulut
7- Membasuh tangan dengan menggunakan sabun 
8- Mandi dengan lebih kerap
9- Melakukan aktiviti senaman regangan 
10- Memohon doa agar dapat dijauhi dan mengelakkan dari terjebak dengan rokok yang membahayakan kesihatan.


Kesan menghisap rokok kepada jantung manusia





No comments:

Post a Comment