Gaya hidup sihat sangat penting untuk mencapai kesihatan yang
maksimum bagi seseorang individu dalam kehidupan.Hal ini kerana ia memberikan
pelbagai manfaat disamping menjamin masa depan yang lebih sihat.Gaya hidup yang
sihat dapat dicapai dengan menjaga pemakanan, menjaga kesihatan mental dan
fizikal, melakukan senaman, pengambilan air yang mencukupi, menitikberatkan
kebersihan diri dan sebagainya. Individu yang bijak dan cemerlang ialah
individu yang dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk kesihatan di masa
depan yang lebih terjamin.